|
Kata Alu-Aluan dari
Pengurus Syarikat
“Bukan
semua peniaga adalah usahawan. IISolution sebuah syarikat
yang beriltizam tinggi dan berwawsan jauh bagi membangunkan
sebuah perniagaan yang berteraskan Islam sebagai nadi utama
pengurusannya”
Assalamualaikum Warahmatullahita’alla Wabarakatuh dan salam
sejahtera….
Syukur ke
atas rahmat dan inayah dari Allah, IISolution masih terus
bertapak di muka bumi Allah yang tercinta ini hasil dari
usahasama staf dan juga sokongan sahabat dan juga pelanggan
yang dihormati.
Jika bukan
kerana izin Allah, tidak mungkin II Solution mampu bertahan
hingga ke saat ini. Bermula dengan berdaftarnya II Solution
pada tahun 2007 yang lalu, Alhamdulillah, rezeki Allah yang
Maha Kaya sentiasa turun ke atas hamba-hambaNya yang
berusaha.
Tepatlah
seperti mana yang difirmankan Allah di dalam kitab suci Al-Quran,
'Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia
sendiri yang mengubah nasib hidupnya'
Ar-Ra`du [13]: 11
Berkat
usahasama berpasukan, II Solution berjaya mendepani arus
perniagaan di dunia nyata dengan kecekalan dan ketabahan.
Hasilnya, kini II Solution semakin mengorak langkah untuk
memperkembangkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih besar.
Selain
dari berniaga, II Solution amat berkeinginan untuk turut
menjalankan aktiviti kebajikan sebagai mengimbangi peranan
kita sebagai seorang muslim. Lantaran itu, Alhamdulillah
pada Ramadan 1430 yang lalu, II Solution telah mengadakan
Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim Al-Munirah,
Klang Selangor. Semoga kebajikan yang dilakukan ini mendapat
keredhaan Allah dan semoga rezeki Allah terhadap II Solution
semakin melimpah ruah, InsyaAllah.
Buat
pengunjung Laman Web II Solution, laman web yang anda sedang
tatapi ini adalah paparan design terbaru yang telah bertukar
wajah buat kali ketiga. Perkara ini adalah seiringan dengan
usia II Solution yang sudah memasuki usia tahun ketiga.
Semoga dengan wajah baru Laman Web IISolution ini memberi
inspirasi yang positif buat kami semua.
Jika anda
masih tercari-cari consultant yang sesuai untuk
mengendalikan program yang anda mahu anjurkan, maka anda
kini sudah menjumpainya. Kami bersedia untuk menawarkan
perkhidmatan yang terbaik dan InsyaALLAH memuaskan hati anda.
Perkhidmatan kami adalah berjiwa pelanggan. InsyaAllah bajet
yang anda ada, itulah yang kami akan terima. Hubungi kami
segera untuk proses rundingan dan jaminan perkhidmatan kami
adalah berkualiti dan mengikut apa yang anda mahukan.
Semoga apa
yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah
“Cemerlang
Bersama II Solution”
Salam
kecemerlangan daripada saya,
Mohamed
Fadh bin Haji Ibrahim
Pengurus,
II
Solution
|