|

Selamat Tahun Baru
Pengurusan II Solution mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijri 1431 kepada semua pengunjung Laman Web II Solution. Semoga tahun baru ini memberi seribu makna buat kita semua.
Juga Selamat Tahun Baru Mesihi 2010.
Selamat Menyambut Aidiladha
II Solution mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua staf, pelanggan dan pengunjung laman web ini.
Semoga Aidiladha ini memberi kita sumber inspirasi ke arah kejayaan dengan mengutamakan konsep korban dalam segala macam gerak usaha kita.
IISolution berpindah ke pejabat baru
Alhamdulillah Pejabat Urusan II Solution kini telah berpindah di lokasi baru.
Berikut adalah alamat terkini II Solution:
1-1A, Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Semoga perpindahan Pejabat Urusan yang lebih selesa dan strategik ini memantapkan lagi pengurusan II Solution dan memberi khidmat yang terbaik buat pelanggan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
II Solution mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengnjung Laman Web II Solution. Semoga Hari Raya pada kali ini memberi seribu makna buat kita semua.
Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada insan-insan yang berjaya berpuasa enam pada bulan syawal. Semoga Allah menerima amalan kita itu sebagai amal yang berguna dan diterima olehNya.
Majlis Berbuka Puasa II Solution bersama Anak Yatim
Pada tarikh 13 September yang lalu, II Solution telah menjayakan satu majlis yang berbentuk kebajikan iaitu Majlis Berbuka Puasa II Solution bersama Anak-anak Yatim Al-Munirah, Klang Selangor.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 30 orang staf pengurusan dan fasilitator II Solution manakala seramai 47 orang anak-anak yatim dan miskin Al-Munirah diraikan.
Majlis dimulakan selepas Solat Asar iaitu dengan pengisian slot motivasi inspirasi kepada penghuni rumah anak yatim tersebut. Setelah itu, diadakan slot Perbincangan Di dalam Kumpulan.
Laman web iisolution.org berwajah baru
Tanggal 1hb Oktober 2009 menjadi saksi laman web www.iisolution.org telahpun berwajah baru. Dengan bertemakan Inspirasi Kehidupan, II Solution dengan semangat baru lebih optimis untuk memburu kejayaan yang sudah pasti menjadi milik setiap sesiapa sahaja yang berusaha.
II Solution akan merangka dan melaksana lebih banyak lagi program pada masa akan datang. Jangan terlepas untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini II Solution di ruangan ini.
CEMERLANG BERSAMA II SOLUTION
|