 |
|

Majlis Berbuka Puasa II Solution bersama Anak Yatim
Pada tarikh 13 September yang lalu, II Solution telah menjayakan satu majlis yang berbentuk kebajikan iaitu Majlis Berbuka Puasa II Solution bersama Anak-anak Yatim Al-Munirah, Klang Selangor.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 30 orang staf pengurusan dan fasilitator II Solution manakala seramai 47 orang anak-anak yatim dan miskin Al-Munirah diraikan.
Majlis dimulakan selepas Solat Asar iaitu dengan pengisian slot motivasi inspirasi kepada penghuni rumah anak yatim tersebut. Setelah itu, diadakan slot Perbincangan Di dalam Kumpulan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid terkenal INTEAM. Kumpulan Inteam telah menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Setelah berbuka puasa dengan hidangan ringan, solat Maghrib berjemaah dilaksana dan kemudian berbuka puasa dengan makanan berat.
Majlis Ucapan dijalankan selepas berbuka puasa. Disampaikan oleh Pengurus II Solution, Ust Mohamed Fadh bin Hj Ibrahim. Antara intipati ucapannya adalah melahirkan rasa syukur atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan sepanjang II Solution menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Dan katanya juga, II Solution berazam untuk mengadakan program kebajikan seumpama majlis ini sebagai program tahunan.
Setelah majlis ucapan, slot penyampaian cenderahati dan duit raya diberikan kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah. Akhir sekali adalah penyampaian wang kutipan kebajikan yang dilancarkan oleh II Solution sebelum program ini. Jumlah wang yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM3223.00.
Majlis bersurai dan Solat Isyak dan Terawikh dijalankan selepas itu.
(3 komen)
Komen oleh: zubir @ 08 Oct 2009 01:14 pm
Komen oleh: safa @ 08 Oct 2009 04:25 pm
TAHNIAH II Solution. Semoga II Solution lebih berjaya pada masa akan datang.
Komen oleh: mrs.sup utara @ 16 Oct 2009 12:12 am
mantop!!!... 
|

  
Ruang Iklan Untuk Di Sewa |